
BATALION KESEBELAS
REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA
BERJUANG TERUS




SEJARAH AWAL PENUBUHAN
Pasukan ini telah ditubuhkan pada 14 Mei 1969 di Kem Majidee, Johor Bahru, Johor berikutan tercetusnya peristiwa hitam pertikaian kaum pada 13 Mei 1969. Ketika penubuhanya pasukan ini dipimpin oleh Lt Kol Ismail bin Ghows sebagai Pegawai Memerintah yang pertama. Keanggotaan pada masa itu terdiri dari anggota kerahan dan sukarela Negeri Johor.
Dua bulan selepas penubuhan, iaitu pada Julai 1969 pasukan telah diisytiharkan sebagai unit beroperasi penuh dan pada 12 Julai 1969 pasukan ini telah melaksanakan tugas buat kali pertamanya iaitu bertanggungjawab menjaga ketenteraman awam. Oleh kerana penubuhannya adalah semasa negara dalam keadaan yang gawat maka tiada perbarisan yang dilaksanakan pada masa tersebut.
Batalion ini kemudiannya dipindahkan ke Kem Quetta 1, Kluang, Johor pada 18 Ogos 1969 hingga 16 Apr 1970 dan seterusnya ke Kem Quetta 2 pada 17 Apr 1972 hingga 27 Sept 1980. Batalion ini Pernah menjadi Batalion Istiadat semas berpangkalan di Kem Sungai Besi pada 28 Sept 1980 hingga 28 Sept 1985. Pada 29 Sept 1985, batalion ini dipindahkan ke Kem Kuala Lipis, Pahang hingga 16 nov 1995.
Setelah beberapa tahun, batalion ini dipindahkan ke Kem Semenggo Pada 17 Nov 1995 hinggalah sekarang. Batalion telah ditubuhkan sebagai Batalion Infantri Standard (BIS) pada 1 Okt 1998. Penubuhan BIS ini melibatkan perubahan pada pengstrukturan organisasi, peralatan dan persenjataan di pasukan.
Sejarah Pasukan



